0
Home  ›  Jabatan Perikanan Malaysia  ›  Jawatan Kosong Kerajaan  ›  Seluruh Negeri  ›  SPA8i

Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia | Tarikh Tutup: 19 Januari 2020

"Pemberitahuan Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia."

Pemberitahuan Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang  berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana yang diiklankan oleh majikan berikut:

Majikan : JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Lokasi : Seluruh Negeri

Jawatan : PEMBANTU PERIKANAN GRED G19

Kekosongan : 31 | Simpanan : 60

Kelayakan Akademik : SPM

Jadual Gaji : RM1357.00 - RM4008.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Kerja :
Mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan dan penyakit ikan.

Cara Memohon :
Untuk memohon, sila klik salah satu pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
https://spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/3510

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2020 (Ahad) jam 11.59 malam
Newer Posts
Latest Posts
Search
Menu
Theme
Share
Additional JS