0
Home  ›  Jawatan Kosong  ›  SPA8i

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) | Tarikh Tutup: 11 Ogos 2022

Pemberitahuan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang  berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana yang diiklankan oleh majikan berikut:

▪ Nama Majikan : Jabatan Perkhidmatan Awam / Kementerian Kesihatan Malaysia
▪ Lokasi Kekosongan : Sabah & Sarawak
▪ Tarikh Tutup Permohonan : 20 Jun 2020

Kekosongan jawatan yang ditawarkan:

1) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  • Kumpulan : Pelaksana
  • Kem / Jab : Pelbagai Kementerian / Jab
  • Kekosongan : 35 | Simpanan : 200
  • Kelayakan Akademik : SPM / SKM / SVM
  • Jadual Gaji : RM1,353.00 - RM4,005.00

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan. Lihat juga senarai jawatan kosong terkini 2020

Syarat Lantikan :
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan " IKLAN PENUH JAWATAN " di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan, syarat lantikan dan perkhidmatan untuk memohon jawatan tersebut.

Maklumat Am :
1. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
2. Segala perbelanjaan berhubung permohonan jawatan di atas dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

IKLAN PENUH JAWATAN
Search
Menu
Theme
Share
Additional JS